Artikel dengan kata kunci: Mendengar Nasihat
RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI PEMIMPIN Seri :3
Sebagai seorang Rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu, arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.
NABI MUHAMMAD S.A.W seri : 1
Pada 12 Rabiulawal tahun Gajah, di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidup, lahirlah ke dunia ini, dari keluarga yang sederhana, di Kota Mekah seorang bayi lelaki. Bayi tersebut akan membawa perubahan yang besar kepada dunia.
Bayi itu adalah seorang anak yatim. Ibunya bernama Siti Aminah binti Wahab dan bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia lebih kurang 7 bulan sebelum dia dilahirkan. Kelahirannya itu disambut oleh datuknya yang bernama Abdul Mutalib. Sebaik dilahirkan, Abdul Mutalib telah membawa bayi itu ke kaki Kaabah dan di situlah ia diberi nama Muhammad. Nama Muhammad adalah satu nama yang tidak pernah ada sebelum ini.

