Artikel dalam kategori Risalah Nabi
PERMUSUHAN SETAN DAN MENGENAL TIPU DAYANYA
Shalih meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdurrohman bin Ziyaad berkata: “Ketika Musa a.s. sedang duduk, tiba tiba datang Iblis memakai songkok yang berwarna macam macam, dan ketika dekat pada Nabi Musa a.s. ia buka topi Nabi Musa a.s.: Siapakah kamu.Jawabnya: Aku Iblis. Mengapa kamu datang kemari ? Jawabnya: Memberi salam padamu karena kedudukanmu di sisi Allah. Lalu ditanya: lalu topi itu untuk apakah ? Jawabnya: Untuk mencuri dan menawan hati anak Adam.
Sepuluh Pesan Rasulullah SAW
Ada sepuluh pesan Rasulullah saw yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis, dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus ke dalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita. Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan
CARA RASULULLAH S.A.W. MENGHINDARI DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
KHUTBAH RASULULLAH S.A.W TENTANG DAJJAL
ari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata :”Rasulullah telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah dajjal. Baginda telah bersabda :”Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajjal.” Setiap nabi yang diutus oleh Allah ada mengingatkan kaumnya tentang dajjal.
Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah akan menjaga orang-orang mukmin.
MIMPI RASULULLAH
Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan keampunan kepada Allah SWT.
RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI PEMIMPIN Seri :3
Sebagai seorang Rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu, arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.
Risalah Nabi Muhammad SAW Seri : 2
Pada suatu hari Rasulullah bersama sahabat-sahabat melakukan perjalanan yang jauh. Mereka singgah mendirikan kemah di padang pasir. Seorang sahabat membawa seekor kambing dan berkata dia akan menyembelihnya.Yang lain pula berkata akan melapahnya. Sahabat yang lain berkata akan memasaknya. Lalu Rasulullah berkata, “Dan aku akan mencari kayu api.”
Para sahabat terperanjat mendengarnya dan segera berkata, “Tidak usah ya Rasulullah, biar kami sahaja melakukan semuanya.”
Rasulullah bersabda, “Demi Allah aku tidak akan tinggal diam sementara kamu semua bekerja. Allah membenci hambanya yang mengistimewakan dirinya dari saudara-saudaranya.” Setelah itu Rasulullah pergi mencari kayu api.
NABI MUHAMMAD S.A.W seri : 1
Pada 12 Rabiulawal tahun Gajah, di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidup, lahirlah ke dunia ini, dari keluarga yang sederhana, di Kota Mekah seorang bayi lelaki. Bayi tersebut akan membawa perubahan yang besar kepada dunia.
Bayi itu adalah seorang anak yatim. Ibunya bernama Siti Aminah binti Wahab dan bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia lebih kurang 7 bulan sebelum dia dilahirkan. Kelahirannya itu disambut oleh datuknya yang bernama Abdul Mutalib. Sebaik dilahirkan, Abdul Mutalib telah membawa bayi itu ke kaki Kaabah dan di situlah ia diberi nama Muhammad. Nama Muhammad adalah satu nama yang tidak pernah ada sebelum ini.

